Kelas Asas Microsoft PowerPoint

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 4 Julai 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft PowerPoint. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan disertai oleh 5 orang belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta menguasai Microsoft PowerPoint. Dalam kelas ini, para peserta telah di terangkan fungsi setiap butang di PowerPoint serta didedahkan dengan cara menggunakan hyperlink dalam Microsoft Powerpoint. Tambahan pula, latihan telah diadakan bagi memastikan peserta menguasai kelas yang telah dijalankan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint
2. Latihan menggunakan Microsoft PowerPoint
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali